Monday, October 31, 2011

n.t.a.h

0






k.e.c.e.w.a

m.a.r.a.h

s.e.d.i.h

l.u.k.a

s.a.k.i.t.h.a.t.i

b.e.n.c.i

b.e.n.g.a.n.g

s.a.b.a.r

p.e.j.a.m.m.a.t.a

i.s.t.i.g.h.f.a.r

t.e.n.a.n.g

r.e.d.h.a.k.a.n s.e.g.a.l.a.n.y.a

l.u.p.a.k.a.n.s.e.m.u.a

Tabahkan hatiku Ya Allah, Insya Allah inilah penamat segalanya.

Amin.

f.u.h

l.e.g.a















Monday, October 24, 2011

Senyuman ini...

0



Senyuman ini..

Penyejuk di mata,Penawar di hati,Penenang di jiwa.

Terima kasih Ya Allah atas 'ubat hati' yang tak ternilai.

Terhibur hati layan keletah anak..Hati tersenyum riang.Moge sedih xjumpa jalan cari aku balik. =)





Sunday, October 23, 2011

Stress.Stress.Stress

1


Stress x baek untuk preggy mom yep ;P

Sekian.

Pesanan untuk diri sendiri.

Buat baik berpada2,buat jahat masuk neraka.

Senang cerita.

Jangan pendam sorang lama-lama,nanti pecah kepala.

Senang cerita.

Berkorban ape saje,last2 kamo yang merana.

Senang cerita.

Membantu biar berhemat, last2 kamo tanggung semak.

*Ape yep kesudahan babak2 ini?Masih digantung tak bertali.Teringat pesan seseorang.
they are on difference tracks."



Tipu daya sehebat mana pun tak mampu melangkaui sifat Allah SWT yang maha memgetahui.

Tabahlah duhai hati.







Friday, October 21, 2011

I'm not a picky eater anymore ;)

0

Alrait.Lame dah kot x pot pet pasal budak kecik ni.
Dah 1tahun 5 bulan dh. Budak kecik ni dah tak kecik lagi. Dah tua..Ngeh..ngeh.Tp gg 9 btg tu lah.Bila gg anak mama ni nak membiak baru?Malu2 plak die nak numbuh. Rambut kan maen cepat je panjang.
Peel pon cam org tua dah. Macam2 peel sekarang. Paling geram peel mengader die tu ah.
Kalau die nak gigit barang,orang cakap no ke don't ke, mesti die dah xmasukkan dlm mulut.Bagus,menurut arahan.Tapiiiiiiii...die tunjuk mogok tang lain. Mesti die pegi tolak barang tu g jauh2.Konon2 xmboh geng lah tu.Pastu die reverse sejauh yg boleh..Mmg nak lari jauh la dr 'musuh' die tu.Ape jenis mogok la ni daaa.
Ade skali tu dia lipat2 hujung carpet,then nak masukkan dlm mulut.Bila mama die marah,die nak tolak carpet tu pegi jauh2.Bajet larat la tolak carpet.Carpet tu xgerak2,die plak ngamuk sbb stress..Hahaha..Mama mampu tolong ketawa terbahak2 jer dr jauh.

Kalau naek kereta,sampai je depan rumah,mesti 'paiiiiii'...sampai la tu.Pastu tepuk tangan..Lompat2 suka..Bwk masuk je dlm rumah,ngamuk sekapung nk kuar balik. Geraaamm!!! Rase nk geget2,kunyah2 je budak ni!!!Tu belum bab muka eksyen bile atok bawak g jalan.Series,die pndai buat muka berlagak.Kalau ngan atuk, mama n baba hulur tangan nak pegang,mmg booo layaaannnnn.Booo mama,Boo baba kate die..dlm hati la.

Semalam die buat projek dalam bilik nenek.Mentang2 nenek xade,giler kuase plak die.Ptut la lame je dia duk dalam tu.Panggil2 xjugak muncul.Skali masuk,nahhhh,krim muke nenek bertepek2 atas lantai,carpet n cadar katil.Tak pasal2 tmbah kerja mama..Mendobi cadar n mengemop lantai musim2 hujan ni..Bleh panggil Dora Darwisy The Explorer laa..Ngeh..Ngeh.


Alhamdulillah, lately anakanda macam berselera jer makan.
Sebelum ni bukan tak makan,tapi sedikit memilih and selera dia tukar2 jer.
Pening kepale mak nak oiii..
Hari ni suap mee rebus, punye la beriya makan. 2,3 hari lagi bila bagi balik, mmg die tak nak.
Kalo tak moh tu,memang die jelir2 lidah bagi food tu jatuh.Pastu kepala geleng2 tahap 360 degree punya.
Lepas amik Scott Emulsion ngan Lysine tablet mcm best2 jep tgk die mamam.
Yehaaa..tgh die berselera ni ,mama pon rajin la cobe mcm2 resepi. Rajin ke??Mesti ahhh ;p



Tadaaa...




Bubur + ayam + daging + carrot + sawi...Alhamdulillah.Awisy kenyang perut,mama suke hatiiii...lalala..







Oh,ini percubaan pertama bagi die mkn fafaya@papaya sendirik. Gugur jantung mase tgk die ramas papaya hingga titisan darah papaya terakhir..Kesian papaya tu jd mangse keadaan. Tapi ni la feveret die.Segala mcm buah die suke.Nak2 lg si betik ni haaa..kalau suap,kejap je die ngap2..Dah mkn betik nih,poo poo die pon,walauweeehhhh,mmg siyok abihhhh.Tahap hantuk kepale kat dinding kalau bau.Hihi..






Ni menu breakfast. Roti + Keju + Jem. Cam ngeri jek jem tu kang.Hihi. Mama awisy sendiri2 buat jer. Kurma + Kismis + Buah tin + Apricot..Amik berkat n khasiat buah2 dlm al quran. Rasanye??Sangaaaaat la manis.So sapu sikit2 je.Kadang2 campur ngan susu,nestum.Kadang2 colek je kat mulot budak kecik tu. Suke je die   manis2 ni.




 Mee rebus + broccoli + chicken ball.Alhamdulillah. Isinye liciiin~






Anak mama kene terus makan n makan tau.Kang nk cepat besor.nak maen kung fu panda ngan baba. 

Pesanan penaja untuk baba : Sila kurangkan mkn.Kamu dan overweight..Ingat docto ckp ape???Ade ciri2 ape??Hehehehe ;p























Tuesday, October 18, 2011

Sayang....

0












Ya Allah,
Engkau peliharakanlah anakku Muhammad Darwisy Dzaquan,
Peliharakanlah sebagaimana Engkau memelihara Darwisy sepanjang di dalam kandungan ku,
Peliharakanlah tingkah laku anakku,
Peliharakanlah tutur kata anakku,
Peliharakanlah akhlak anakku,
Jauhkan dia dari segala perkara mungkar dan kejahatan dunia,
Jauhkan dia dari segala godaan syaitan,

Jadikan Muhammad Darwisy Dzaquan seorang anak yang soleh untuk kami,
Jadikan dia hamba yang sentiasa mendapat petunjuk dari Mu.



Muhammad Darwisy Dzaquan ~ Yang Terpuji, Yang Bijak, Yang Zuhud .

Amin ya Rabbal ' Alamin.

Monday, October 17, 2011

English??Easy??

0


25 TIPS ANAK PANDAI BAHASA INGGERIS

1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.


2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik satu Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua-dua bahasa, InsyaAllah.


3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.


4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku-buku dan lain-lain. sumber untuk menagajar.


5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar atau imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.


6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.


7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.


8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.


9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.


10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.


11. Dapatkan sokongan suami atau isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang-sorang . Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama-sama membantu. Kadang-kadang mereka ini lagi fasih dari kita.


12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.


13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.


14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber-sumber yang telah anda bayar. Pilih rancangan-rancangan di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain¡KKalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.


15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik-teknik pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia orang boleh beri lebih tumpuan.


16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. lepas tu terangkanlah kepada mereka dan kemudian anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.


17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!


18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula-mula saja v dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.


19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.


20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia. (jangan cakap pelat ngan anak anda)


21. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.


22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kadang-kadang kita ni tak sempurna. atau kadang-kadang benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.


23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni supaya ada imej atau gambar. Senang sahaja nak buat.Beli je kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.


24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang di gunakan setengah orang. Ini boleh membantu anda ¡¥berfikir¡¦ bahasa Inggeris.


25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat-tempat yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.


SELAMAT MENCUBA..SEMOGA BERJAYA..


Cedok dengan jayanya dari  sini :D





kekeke...



Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday :D

0













Sunday, October 02, 2011

Kami yang ART BLOOD ;)

0

N3 yg penuh keperasanan ;)
Ayahanda sgt pandai melukis.
Adik2 lelaki ku pon,semua pandai melukis.Siap cikgu seni kot yg sorg tu ;p
Yg pompuan2 baru ter reveal bakat seni mereka.Haha..Seni keee??Seni hancuskan adeleh..
Gigih ni menyiapkan hantaran utk adinda kami.Kicik punye hal.Kawen ari tu, aku gubah hantaran sendiri je kot. Dah la sendiri, sorang2 lak tu T_T ..Save budget la sikit sbb xnyempat2 kan nk kawen. Padahal baru nk keje kot. Hihi ^___^

Berbekalkan bakat yg suam2 kuku cekam, aku n my along (btindak sbg team leader @ mak imam)  pon slow2 la godeh sane sini..Pas solat maghrib, dah settle mandi n mkn anak2, kami pon mula la menyeni kan diri. Itu pon tak cakap berperang kot ngan anak2. Sebelah tangan tepuk anak, sebelah lagi menggoncang dunia menggubah hntaran. Super Duper Mak la katekan.Tetap malatop hantaran tu.Sendiri gubah,sendiri puji boleh?Haha..Kesiankan kami? Tapi comey ....Seriiuuusss mmg comey.Weeeee Wuuuuuu~ Pastu mula la kheeeenn 2 org ni pasang angan2 mak jenin. Nak bukak bridal houseee.Budget expert la tu dah lepas buat riben seketul.Keshiaaannn...

Kiter reveal sikit2 je la yer pic hantaran ni.Bagi sipi2 jekk.Kang perantin tgk kang,terbasi la plak.


(",)

(",)

(",)

(",)

(",)

(",)

(",)

tadaaaaaaaaaa...













Alhamdulillah,walaupun xsepenuh nye lagi siap,tapi kami saaaaaaaangat legaa.Phewww!Tinggal final touch up jer.Harap2 pak lang suke la yep hasil 'kerastangan' kakak2nyee ;)




Me : Member baik jaman skool dolu pn mntak buatkn hntaran tunang.Sorry sesgt.tak sempat la yammm...

Tuesday, September 13, 2011

Baik bos!

0

Bos ku sorang ni sgt2 la good2 kan.
Dah sampai Kuala Berang, baru la hello.
"Ila saya ade di kuala berang.Nak singgah beraye umah".
Erkkkkkkkk!!! dan erkkkkk!!!
Satu bende pon xdop ni, kuih2 raye ade la. Takkan bos dtg jauh2 nk bg kuih raye jerrr.

Sooo..aku pon amek order la die nak makan ape.Order untuk order di kedai.Kihkih.
Skali die ckp kite mkn luar jer.Ho toooh!!Bos mari beraye rumah,bos yg belanje.Bos mmg class!!Hihi.

En.Burn (Bakor) pon join skali dinner raya kami. Layansssss...














Boss


En.Burn



Manje mama.





Thursday, August 25, 2011

Ok.Jom ckp pasal raya!

0

Lagi 4 hari jer nak raya ;) Heppiiii yippi giler raya tahun ni sbb tahun ni giliran raya belah aku yep..Hoyeaaa!!Dah terbau2 dh rendang,ketupat,paru sambal,kuah kacang dan lontong dipagi raye.Dan raya kali ni harus g ziarah pusara arwah atuk.Tahun lepas dh xdpt pergi..Sayu jer pagi2 kalau pergi ziarah pusara..Mase tahun pertama raya tanpa arwah atuk,teringat2 sgt kat die.Teringat sgt beratur salam raya ngan atuk.Salam bukan agenda utama mase tu yer,yg penting duit rayee la..Arwah atuk sgtla rajin layan cucu2nya..Tiap kali balik melaka,mesti die belikan aiskrim yg bnyk.Siap buat stock dlm peti.Nak mkn amik jerrr.Kalau dr jauh nampak atuk balik ngan basikal tua die,dan ade beg plastik sangkut kat handle basikal die,mesti kami ni dh jerit2 "yea..yea..atuk beli aiskrim"..hahaha,Budak2 sunggoh!!Atuk,atuk dah ade 3 orang cicit tau.Wafiy,Darwisy n Khayra. Semoga rohmu tenang di sisi Allah SWT. Amin.

Pagi raya kat kamp0ng,biasenye kami bangun seawal 6.15 pg.Semangat2!!Haha.Semangat raye hapekebenda nye,bangun lambat,jenuh nk nunggu bilik air kosong la..Dah siap2 mandi,pergi kubur jap.Ke kubur jalan kaki jer.Dekat je pooon.Jemaah ramai2..sambil bawak batang kayu or batu seketul sorang dan ayat2 surah lazim mana yg sempat ingat dalam otak.Motif??????Nak ke kubur kene lalu satu kawasan rumah orang India yg bela En.Dog wolllfff wollllffff..Dog2 ctu plak.mcm asyik datang bulan jer.Garang gilerrr..Kesian,xleh mkn rendang la tu yg jd meroyan tahap gaban tiap kali orang lalu.Hishh..mesti nk tercab0t jantung bila lalu situ.Dah balik yg kaum adam pergi sembahyang raya.Yg ladies2 ni siapkan juadah hari raye.Balik, bersalam salaman, makan dulu satu round,then sesi bersama gambargrapher sampai lebam.Pastu barula start pusing kamp0ng sampai tghari.Best!!

Tp raye kali ni aku seriiiikkkkkkkkkkkk shopping kat trg.Arghhh..Saiko giler ah shopping sini.Dari kecik smpai sblum kawin mmg shopping kat kampung la.(xpenah kot raye ganu.hehe). Tahun pertama kawen tu shopping raya kat KB Mall.Last year shopping kat KL.Tahun ni pisrt time fully shopping kat ganu.Giler ah tensen.Mintak mahap org ganu!Mintak mahap Malaysia.Tp aku mmg xpuas hati.Nak2 baju bebudak.Alahaiiii,payahnya nk jumpe yg branded2 sket.Kalo ade pun,mmg oldskull la pesyen die.Huh!Part ni mmg hangin.Bile nk ade shopping mall pon xtahu la ganu ni. Tapi along awisy dah belanje 5 psg bju raye kat awisy.Thank you along!!!Tu part baju budak.Baju org tua ni jgn citer la.Mahal mcm bedil.Bedil pun xmahal macam aku.Muahahaha.Choice pun xbnyk sgt.Can dooooo laaaa.Paling bnyak pilihan kat TTC. Tapi kalo baju kurung ready made tu,baju yg same sebijik sebuntet dgn First Lady or Peace yg harga RM 90,kat TTC maunye RM160.Gilerrr kentang goreng.Sekali ganda.Huhu.Padan ngan muke aku nye.Last minute shopping lagi.Ngeh..ngeh.

Ok,xabih lagi ni bebel psl raya. Alhamdulillah,raya ni tmbah lg sorang cucu atuk & nenek. Nur Khayra Izzoura..Safely delivered pd 11 Ogos 2011,11 Ramadhan 1432H.Lagi la riuh gamat umah nenda nanti.Tp btol kot org ckp.Baby gegirl ni calm cool sket..Tidooo n bangun pun nak susu jer.Mmg jauh beza langit ngan bumi la ngan anak teruna ku iteww.Aku pon mcm kepelikkan tgk baby yg baek bebenor tuu. Welcome to family little Khayra. Rase nak preggy lagi laa ploppp....Teeetttt..Sabarrrr.Awisy kecik lagi tu.Ari Isnin ni pas2 subuh,bertolak balik kamp0ng (tetibe switch topic..hahaha).

Salam raya ngan Angah ke sayang???Hehe..



1st Day.Cumilllllllllllllll :D

Sayang sgt kat sister die.


ok.


Buat kengkawan yg beraye ngan baju baru, lipstik baru, suami baru, isteri baru, anak baru, kereta baru, mak baru, saiz perut baru (kekeke),tuan tanah yakni aku, suami dan anak mengucapkan..



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


MAAF ZAHIR & BATIN





Tuesday, August 09, 2011

Kepulangan yg dinanti.

0

Tajuk entry ala2 nak balik beraya. Tapi sebenarnya tiada kaitan hidup mati dengan raye. Puase kasi cukop dulu! Alhamdulillah, syukur x terkata bila ayahanda selamat pergi dan balik dengan selamat setelah 10 hari di tanah suci Mekah. Walopon atuk selalu sgt la berkursus sampai berhari2,berminggu2, tapi kali ni cam teringat2 jer. Kami ni selalu jer tanya awisy "Atuk awisy mane?".Otometik die akan tgk kerusi atuk.Agaknya awisy mmg nak tanya kot mane atuk.Tp xtahu nak tny camner. Die ngan atuk mmg BFF ok.BFF tuuuu..Hihi.Sebenarnya ade cerita best mase atuk nak berangkat. Kami langsung xsempat nak jumpa atuk kat airport. Atuk ke airport pagi coz ade taklimat.Lagi 15 minit nak sampai LTSM, atuk call. Tak sempat nak jumpe dh sebabnye ade sidang akhbar ngan MB Terengganu.Baru pukul 3 kot mase tu.Flight kul 7.Jemaah tak boleh jumpe family dh after sidang akhbar.Msuk departure hall teruiihh..Adeeeehhh...Prust2. So sesi menghantar jemaah bertukar ke sesi melawat Mydin Mall.Kuikuikui...Baju melayu yg dlm keta ni xdapatla nak bagi kat atuk.Dan hasilnyeeee....







Tadaaa..org laen berkopiah n baju melayu, die plok semat sokmoooo...


Atuk kat sana. Teringinnya pergi sana............................................





Mase jemput atuk balik kat airport, Pak Teh beriya la kan get ready ngan androidddd la sgt  dia tu. Konon2nya nak snap la pic atuk pakai jubah. Yelah,lepas sorg2 jemaah keluar pakai jubah kan. Pas diorg tunggu 1jam, tu diaaa,dia mai daaaaahh...dia mai daaahhh atuk keluar tetaaap dgn gaya semat die.T-shirt ngan slack. Die sorg je koott pakai cenggitu. Hihi...Katenya pak teh, atuk mcm baru balik dr melancong. Tp atuk jwb baek punyeer :Hishhh...buat mende kalo pakai nak tunjuk kat org" Hihi... Itu lah atuk,dari dulu sampai sekarang, rileks n steady jerrrrr. 



Daaann org paling heppi yippi semestinye la anak mama. Awal2 tgk muka atuk, terus muke sebaakkk. tak mo terus ngan atuk.Aiiiiiiiikkkkkkkkkkkk ...Kate BFF..Hahaha..Lame2 tu baru ok n xberenggang dah ngan atuk. Asyik gosok2 kepale atuk nan botak ituuu..2 x 5 je koott..KihKih.











Friday, August 05, 2011

Tidur itu indah dan syoookkk

0














Tenaaaaaaaannng dan sejuuuuuuukkk tengok anak tido ^______^